ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Majlis Sambutan Ihya’ Ramadhan Penjawat Awam bersama Ketua Menteri Melaka

Monday, 18 April 2022 by TYTMelaka
Majlis Berbuka Puasa
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Sambutan Ihya’ Ramadhan Penjawat Awam Tahun 2022M/1443H bersama YAB Datuk Seri Utama Haji Sulaiman bin Md. Ali, Ketua Menteri Melaka di Seri Bendahara, Kediaman Rasmi YAB Ketua Menteri Melaka.
Majlis ini dihadiri oleh barisan kepimpinan Negeri Melaka iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Exco-Exco, Ex-Officio, Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka dan Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Persekutuan serta penjawat awam Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menunaikan Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isyak serta Solat Sunat Tarawih bersama tetamu di Seri Bendahara.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menunaikan Solat Fardhu Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Asy Sujaah, Merlimau, Melaka.

Sunday, 17 April 2022 by TYTMelaka
Solat Sunat Terawih
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Fardhu Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid Asy Sujaah, Merlimau, Melaka.
Turut hadir YB. Dr. Muhamad Akmal bin Saleh, Exco Kesihatan dan Anti Dadah Negeri Melaka. TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada Pegawai Syarak Masjid serta jemaah yang hadir.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menunaikan Solat Jumaat di Masjid Raudhatul Jannah, Jalan Bukit Bayan, Bukit Katil, Melaka.

Friday, 15 April 2022 by TYTMelaka
Solat Jumaat
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Raudhatul Jannah, Jalan Bukit Bayan, Bukit Katil, Melaka.
Turut hadir YBhg. Dato’ Che Sukri Che Mat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan YB. Senator Datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Ahli Dewan Negara. TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada Pegawai Syarak Masjid.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Iftar Ramadhan, Yasin dan Tahlil serta Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia

Friday, 15 April 2022 by TYTMelaka
Majlis Berbuka Puasa
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Iftar Ramadhan, Yasin dan Tahlil serta Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia 1443H/2022M yang telah dianjurkan oleh YBhg. Datuk Wira Megat Zulkarnain bin Tan Sri Omardin, Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) di Kompleks Lincah Mahaguru Omardin (KLMO), Taman Industri Bolton, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Turut hadir Atlet-Atlet Silat Kebangsaan yang akan bertanding di Sukan SEA, Hanoi, Vietnam. Penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim dan atlet silat kebangsaan telah disempurnakan TYT Tun Seri Setia.
TYT Tun Seri Setia turut menunaikan Solat Fardhu Maghrib dan Solat Fardhu Isyak serta Solat Sunat Tarawih bersama-sama para tetamu.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Menyinggah di Ayer Keroh Leypark Station bagi melihat kemeriahan tempat tersebut.

Friday, 15 April 2022 by TYTMelaka
Lawatan Kerja
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka singgah di Ayer Keroh Leypark Station bagi melihat kemeriahan tempat tersebut.
TYT Tun Seri Setia berkesempatan melawat kedai-kedai dan beramah mesra dengan peniaga-peniaga dan pengunjung di sana.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjung Hormat daripada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)

Thursday, 14 April 2022 by TYTMelaka
Kunjungan Hormat
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjung Hormat daripada YBhg. Prof. Dato’ Dr. Md Amin bin Md Taff, Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama Pusat ALUMNI UPSI dan Persatuan Anak Kandung Suluh Budiman Selangor.
Turut hadir YBhg. Datuk Haji Abdul Rahim bin Haji Abu, Pengurus Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI).
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perjumpaan bersama YBhg. Dato’ Sri Khairudin Samad, Presiden Majlis Senator Malaysia

Thursday, 14 April 2022 by TYTMelaka
Kunjungan Hormat

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Dato’ Sri Khairudin Samad, Presiden Majlis Senator Malaysia dan Tuan Haji Abdul Shukor bin Mohd Sultan, Ahli Jawatankuasa Majlis Senator Malaysia.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin Perdana sempena Sambutan Ulangtahun Ke-19 Bandaraya Melaka Bersejarah anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Thursday, 14 April 2022 by TYTMelaka
Bacaan Yasin
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Kesyukuran dan Bacaan Yasin Perdana sempena Sambutan Ulangtahun Ke-19 Bandaraya Melaka Bersejarah anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka.
Menngiringi TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan dalam Majlis ini ialah YBhg. Datuk Zainal bin Haji Abu (Datuk Bandar), YB. Datuk Rahmad bin Mariman (Exco Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam, Infrastruktur dan Pengurusan Banjir), YB. Datuk Kalsom binti Nordin (Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan), YB. Siti Faizah Abdul Aziz (ADUN Sungai Rambai), Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel (Mufti Kerajaan Negeri Melaka) dan YBhg. Dato’ Che Sukri Che Mat (Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM)) serta Ketua-Ketua Jabatan Negeri Melaka.
Majlis berlangsung dengan dimulai dengan bacaan Surah Yasin serta penyampaian sumbangan kepada pelajar-pelajar tahfiz dan sumbangan kepada Masjid yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia. Acara diteruskan dengan Solat Fardhu Maghrib dan Majlis Berbuka Puasa serta Solat Fardhu Isyak dan Solat Sunat Tarawih.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Indonesia

Wednesday, 13 April 2022 by TYTMelaka
Kunjungan Hormat

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Indonesia yang diketuai oleh Komisaris Jenderal Polisi (Purn.) Dr.(H.C) Drs. Syafruddin Kambo, mantan Menteri Pemberdayaan Aparatur Negara dan Reformasi Birokrasi Indonesia.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Indonesia

Tuesday, 12 April 2022 by TYTMelaka
Kunjungan Hormat

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Datuk Said Aldi Al Idrus, Pengerusi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Indonesia dan Encik Ahmad Rizqon, Setiausaha Agung Persatuan.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 117
  • 118
  • 119
  • 120
  • 121

Recent Posts

  • Majlis Berbuka Puasa bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan di Istana Melaka

    Majlis Berbuka Puasa bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan di Istana Melaka

    18 Mac 2026 28 Ramadan 1447H TYT Tun Seri Setia...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP