Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadhan 1443H/2022M Negeri Melaka
Friday, 01 April 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadhan 1443H/2022M Peringkat Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Wira Ibrahim bin Durum (Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka), YB. Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan Usahawan Negeri Melaka) dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil (Mufti Kerajaan Negeri Melaka) serta ketua-ketua jabatan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Kayuhan Majlis Agama Islam & Adat, Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli Khas
Wednesday, 30 March 2022
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis berkenan menyertai Kayuhan Majlis Agama Islam & Adat, Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Peduli Khas Bil.25/2022 sempena Lawatan TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman ke Negeri Perlis.
Acara yang bermula daripada Dataran Semarak, Kampung Seberang Ramai Kuala Perlis membawa delegasi melintasi Laman Bunga Kertas, melintasi Laman Laksa, singgah di Dataran Putra, menaiki Jambatan Tuanku Syed Putra, melintasi Laman Nenas, melintasi Masjid Lama Kampung Seberang Ramai, melintasi Laman Pendidikan, melintasi Anjung Persinggahan Raja, melintasi Rumah Penghulu Omar, singgah Laman Bunga Raya (melakukan aktiviti mainan tradisional), singgah di Pelantar LKIM, singgah Rumah Melaka di Kampung Seberang Alor, melintasi Lorong Seberang Alor, singgah di Pengkalan Lama Pulau Ketam (Agihan Sumbangan / Aktiviti / Agihan Asnaf / Cendera ingatan), singgah di Laman Perahu Kuala.
TYT Tun Seri Setia menyempurnakan Perasmian Rumah Melaka di Kampung Seberang Alor.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan Santai ke Rimba Herba Perlis
Wednesday, 30 March 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Lawatan ke Rimba Herba Perlis.
Sepanjang lawatan ini TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan diberi taklimat pengurusan Rimba Herba Perlis serta melakukan aktiviti berjalan ke denai, menanam Pokok, rendaman Kaki dalam Minyak dan menikmati minuman Jus Pengaga.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Pembangunan
Tuesday, 29 March 2022
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Tuanku Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) berkenan menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Ekonomi Pembangunan kepada Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, yang di-Pertua Negeri Melaka sempena Sidang Pertama Upacara Konvokesyen ke-59 USM di Istana Arau, Perlis.
Turut berkenan hadir DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Anugerah Sanggar Sanjung 2020 di Mess Pegawai Kanan PDRM
Tuesday, 29 March 2022
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni AlMarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti AlMarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis mencemar duli hadir ke Majlis Anugerah Sanggar Sanjung 2020 di Mess Pegawai Kanan PDRM, Kangar, Perlis.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam serta YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman turut membuat kunjungan menghadap kepada DYMM Tuanku dan DYMM Raja Perempuan sebelum bermulanya Majlis Anugerah Sanggar Sanjung.
Turut hadir DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis dan DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil, Raja Puan Muda Perlis.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menjelajah di Padang Waremart, Padang Besar
Monday, 28 March 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman berkesempatan meluangkan masa ke Padang Waremart, Padang Besar untuk melihat barangan yang di jual di situ.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Taklimat di Chuping Valley Berkaitan Pembangunan Integrated Business Centre (IBC)
Monday, 28 March 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mendengar Taklimat di Chuping Valley Berkaitan Pembangunan Integrated Business Centre (IBC) Chuping Valley Industrial Area (CVIA), Chuping Perlis.
Turut hadir YAB. Dato’ Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis serta YB Datuk Muhammad Jailani bin Khamis, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka; YB Datuk Kalsom Nordin, EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan Ke Super Fruits Valley, Chuping Perlis
Monday, 28 March 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Lawatan Ke Super Fruits Valley, Chuping Perlis.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YB. Tuan Nurulhisham Bin Yaakob, EXCO Pertanian.
Sepanjang lawatan TYT Tun Seri Setia turut diiringi oleh YB Datuk Muhammad Jailani bin Khamis, Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka; YB Datuk Kalsom Nordin, EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Kawasan Seliaan Muda Agricultural Development Authority (MADA)
Monday, 28 March 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman Majlis mengadakan Lawatan ke Kawasan Seliaan Muda Agricultural Development Authority (MADA) di Ladang Harum Manis Aji Heritage Farm, Utan Aji, Kangar, Perlis.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan telah disambut oleh YAB. Dato’ Seri Azlan Bin Man, Menteri Besar Perlis serta diiringi oleh YB Datuk Muhammad Jailani bin Khamis (Exco Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri Melaka), YB Datuk Kalsom binti Nordin (Exco Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan) dan YB. Tuan Hamizan Bin Hassan (EXCO Kemudahan & Prasarana Awam, Pengangkutan, Belia & Sukan dan Badan Bukan Kerajaan) selaku EXCO Pengiring kepada TYT Tun Seri Setia di Negeri Perlis.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan
Sunday, 27 March 2022
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Lelaki YBhg. Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan iaitu Encik Luqman Haziq bin Ahmad & Pasangannya Cik Raihan bin Mohd Taib di De’ Seri Endon Puspanita, Persiaran Seri Perdana, Putrajaya.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti










