ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya

Kujungan Hormat daripada Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri

Wednesday, 23 March 2022 by TYTMelaka
Kunjungan Hormat
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima Kujungan Hormat daripada Ahli-Ahli Koir Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Mengetuai rombongan YM Raja Datin Seri Dato’ Hjh Salbiah Tengku Nujumuddin, Isteri YB Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan, selaku Naib Yang DiPertua BAKTI. Ahli-ahli yang turut hadir termasuk YBhg. Datin Seri Noraini Abdullah, isteri YB Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid (Menteri Pembangunan Luar Bandar), YBhg Datin Seri Jessica Lim, isteri YB Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong (Menteri Pengangkutan), YBhg Datin Seri Kavitha a/p Vivekanandan, isteri YB Datuk Seri Saravanan a/l Murugan (Menteri Sumber Manusia), YBhg Datin Seri Shamsiah M. Yassin, isteri YB Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim (Menteri Wilayah Persekutuan).
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Perjumpaan Bersama Jawatankuasa DMDI Kemboja

Tuesday, 22 March 2022 by TYTMelaka
Lawatan Kerja
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) mengadakan perjumpaan bersama Jawatankuasa DMDI Kemboja di Pejabat DMDI, Parkson Mall, Phnom Penh, Kemboja.
Perjumpaan ini telah dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa DMDI Kemboja yang diketuai oleh YB. Datuk Oukhna Dr. Othsman Hassan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja merangkap Pengerusi DMDI Kemboja.
Turut hadir bersama dalam sesi perjumpaan ini adalah TYT Eldeen Husaini Mohd Hashim (Duta Besar Malaysia ke Kemboja), H.E Dr. Sos Mousine (Member of Parliment), H.E Nos Les (Setiausaha Kementerian Pendidikan), H.E Yob Ahskary (Setiausaha Kementerian Agama), YBhg. Datuk Wira Zainal B. Hussin (Pengurus Besar Yayasan DMDI), YBhg Datin Seri Azreen Bt Abu Noh (Penasihat DMDI Venture Sdn. Bhd.) dan Cik Hazelen Bt Talib (Setiausaha Agung DMDI).
Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam perjumpaan ini antaranya kerjasama dalam bidang pendidikan, ekonomi serta kebajikan.
TYT Tun Seri Setia juga berkesempatan melawat ke Masjid Al Azhim & Rumah Anak-Anak Yatim di Prek Tapov serta Masjid Al – Serkal di Phnom Penh, Kemboja.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Lawatan Kejohanan South East Asia Karate Federation (SEAKF) Ke-9

Monday, 21 March 2022 by TYTMelaka
Lawatan Kerja
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berangkat dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA) ke Phnom Penh, Kemboja bagi Lawatan Rasmi Menghadiri Kejohanan South East Asia Karate Federation (SEAKF) Ke-9 dan Kongres EXCO SEAKF di Kemboja daripada 21 hingga 25 Mac 2022. TYT Tun Seri Setia juga merupakan Presiden South East Asia Karate Federation (SEAKF).
Mengiringi TYT Tun Seri Setia berangkat daripada KLIA ialah YB. Datuk Wira Ibrahim bin Durum (Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka), YB. Dr. Muhamad Akmal bin Saleh (EXCO Kesihatan dan Antidadah), YB. Ngwe Hee Sem (EXCO Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna), YB. Siti Faizah Abdul Aziz (ADUN Sungai Rambai) dan YB. Haji Rosli bin Abdullah (ADUN Kuala Linggi). Turut hadir YB. Datuk Salhah Binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Perkahwinan anak lelaki YBhg. Datuk Iskandar bin Sarudin

Sunday, 20 March 2022 by TYTMelaka
Majlis Perkahwinan

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan anak lelaki YBhg. Datuk Iskandar bin Sarudin (Mantan Duta Besar Malaysia Ke China) iaitu Encik Izfadly bin Datuk Iskandar & pasangannya Cik Alyasyafwam binti Abd Halim di Klana Resort Seremban, Seremban, Negeri Sembilan.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Penghormatan Terakhir kepada mendiang Brimla Devi d/o Mulkh Raj

Saturday, 19 March 2022 by TYTMelaka
Penghormatan Terakhir

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi dan memberi penghormatan terakhir kepada kenalan Tun Seri Setia, mendiang Mdm. Brimla Devi d/o Mulkh Raj yang telah meninggal dunia di Taman Pertam Jaya, Melaka.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bersama pelajar-pelajar Pusat Tahfiz Al-Quran dan Al Hadis

Friday, 18 March 2022 by TYTMelaka
Kunjungan Hormat
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil bersama pelajar-pelajar daripada Pusat Tahfiz Al-Quran dan Al Hadis, Duyong, Melaka.
Turut hadir YDH DCP Datuk Wira Abdul Majid bin Mohd Ali, Ketua Polis Melaka bersama isteri YBhg. Datin Wira Nornisah binti Kamis serta Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Perkumpulan Wanita Negeri Melaka (WI) Daerah Jasin Pantai.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Solat Jumaat di Masjid Luqmanul Hakim, Kampung Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka.

Friday, 18 March 2022 by TYTMelaka
Solat Jumaat
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Luqmanul Hakim, Kampung Sungai Petai, Alor Gajah, Melaka.
Turut hadir TYT Prof. Dr. Senaid Memic, Duta Bosnia & Herzegovina dan YBhg. Dato’ Che Sukri Che Mat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) serta YDH SAC Datuk Haji Razali bin Haji Abu Samah, Timbalan Ketua Polis Melaka . TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Kunjungan Hormat daripada TYT Prof. Dr. Senaid Memic, Duta Bosnia & Herzegovina

Friday, 18 March 2022 by TYTMelaka
Kunjungan Hormat

TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Prof. Dr. Senaid Memic, Duta Bosnia & Herzegovina serta isteri Mdm. Velida Memic.

Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Mesyuarat Yayasan Canselor UTeM

Friday, 18 March 2022 by TYTMelaka
Mesyuarat
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka selaku Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir sama ke Mesyuarat Yayasan Canselor UTeM di Bilik Mesyuarat Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka.
Antara Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Canselor UTeM yang hadir; YBhg. Datuk Seri Jamil bin Salleh (Pengerusi), Academician Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali, Prof. Datuk Ts. Dr. Shahrin bin Sahib dan Encik Azrul bin Aziz. Mesyuarat turut dihadiri Prof. Ir. Dr. Ghazali bin Omar (menjalankan fungsi sebagai Naib Canselor UTeM), Prof. Dr. Zulkiflie bin Ibrahim (Timbalan Naib Canselor – Akademik & Antarabangsa), YBhg. Datuk Azhar bin Mohamed (Penasihat Undang-Undang) dan Encik Masdzarif Bin Mahat (Ketua Pegawai Operasi).
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments

Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaaban Peringkat Negeri Melaka

Thursday, 17 March 2022 by TYTMelaka
Sambutan Malam Nishu Syaaban
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Sambutan Malam Nisfu Syaaban Peringkat Negeri Melaka Tahun 1443H/2022M di Masjid Al-Alami, MITC, Melaka.
Majlis bacaan Yasin telah dipimpin oleh YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Negeri Melaka. Turut hadir YBhg. Dato’ Che Sukri Che Mat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Read more
  • Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
  • 123
  • 124
  • 125
  • 126
  • 127

Recent Posts

  • Majlis Berbuka Puasa bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan di Istana Melaka

    Majlis Berbuka Puasa bersama Badan-Badan Bukan Kerajaan di Istana Melaka

    18 Mac 2026 28 Ramadan 1447H TYT Tun Seri Setia...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP