10 Februari 2026
22 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi Cikgu Datuk Hamzah Bajuri dirumahnya di Bukit Palah Melaka yang telah mengajar TYT Tun Seri Setia semasa darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Semabok pada tahun 1960.
Seterusnya TYT Tun Seri Setia mengadakan lawatan ke 2 buah Rumah Tradisional Bukit Palah iaitu kediaman Puan Rubiah Hamid serta kediaman Allahyarham Ariffin Ali.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menyempurnakan perasmian Kolam Ikan Sejati Madani yang diusahakan oleh penduduk Bukit Palah dan menyantuni rumah yang didiami oleh 6 beradik Orang Kelainan Upaya (OKU).
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada asnaf-asnaf dan OKU yang tinggal di kawasan Bukit Palah.




