12 Mac 2026
22 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Program Mengacau Bubur Lambuk anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) dan mengagihkan lebih 3000 bungkus Bubur Lambuk di Dataran Parkir, Istana Melaka.
Program memasak bubur lambuk ini telah bermula daripada pagi dengan penglibatan kakitangan Istana Melaka dan Anggota Polis Cawangan Istana Melaka bersama-sama TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan.




