25 April 2026
7 Zulkaedah 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman, Pengerusi Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita (NCWO) Melaka merangkap Penaung National Autism Society of Malaysia (NASOM) Melaka hadir ke Hari Autisme Sedunia Peringkat Negeri Melaka 2026 anjuran PUTRA Specialist Hospital Sdn Bhd & NASOM yang diadakan di Hang Lekir Ballroom MITC, Melaka.
Lafaz Perasmian Program dan Gimik Pelancaran Facebook Page – Kumpulan Sokongan Autisme Melaka disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
Kemudiannya YABhg. Toh Puan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang Pertandingan Persembahan Terbaik yang disertai oleh anak-anak Autisme serta menyampaikan sumbangan duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir.
Turut hadir YB Datuk Hajah Kalsom binti Noordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital; YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka; YBrs. Encik Mohd Zahiruddin bin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Putra Specialist Hospital Melaka; YBrs. Dr. Shahrum bin Hj. Arshad , Pengarah Hospital Melaka; YBrs. Puan Hajah Halyjah binti Muhammad, Pengarah Jabatan Kebajikan & Masyarakat Negeri Melaka; YBhg Dato’ Megat Ahmad Shahrani bin Megat Sharuddin, Penasihat NASOM Malaysia; YBrs Dr. Adam Al-Anas bin Mat Ali, Pengarah Program Sambutan Hari Autisme Sedunia Peringkat Negeri Melaka 2026; YBrs. Dr. Mazidah binti Said, Pengerusi NASOM Melaka dan YBhg. Datuk Datin Hajah Norhaya binti Sulaiman, Pengarah Korporat NASOM Melaka.




