
11 Januari 2025
11 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan lawatan ke Fengyuan Chemical Listed Ltd, Yunnan Branch, sebuah kilang pemprosesan lithium untuk pembuatan rechargeable battery.
Sepanjang lawatan ini TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan diberikan taklimat berkenaan pengoperasian kilang dan cara penghasilan bateri. Syarikat ini membekalkan bahan lithium untuk pembuatan bateri antaranya untuk syarikat gergasi elektronik LG juga syarikat kereta elektrik BYD.


