
19 April 2025
20 Syawal 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka di Masjid Tanah, Melaka.
Hadir sama YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, Mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6; YB. Datuk Seri Haji Mohamad Bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan; YDH. IGP Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid, Ketua Polis Negara; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan YB. Dato’ Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.


