ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Thursday, 26 June 2025 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang

Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang
25 Jun 2025
29 Zulhijah 1446H

YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman, Pengerusi Majlis Gabungan Pertubuhan Wanita Melaka (NCWO) Melaka mengadakan Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang di Kompleks Penjara Sungai Udang, Melaka.

Semasa lawatan ini, YABhg. Toh Puan dan delegasi NCWO telah diberikan taklimat serta penerangan oleh YBrs. Puan Nurul Nadiah binti Nasurdin, Timbalan Penguasa serta barisan pegawai Penjara Sungai Udang.
Lawatan dimulakan dengan melawat Blok Pejabat Pengurusan Wanita dimana pemeriksaan fizikal dan keperluan asas prospek diuruskan sebelum prospek ditempatkan di blok penempatan. Lawatan diteruskan ke Blok Program Pemulihan Insan (PPI) yang merupakan sebahagian daripada pendekatan pemulihan dari segi membentuk semula pemikiran, sikap dan tingkah laku prospek.
YABhg. Toh Puan kemudiannya turut berkesempatan beramah mesra bersama anak-anak prospek wanita Penjara Sungai Udang serta dibawa melawat ke bengkel pemulihan prospek penjara wanita seperti Bengkel Pastri dan Bengkel Amanah – Pembuatan Rempeyek. YABhg. Toh Puan turut mengambil peluang membuat sendiri rempeyek dan menghias kek cawan dengan kreativiti yang tersendiri.
Bagi penutup lawatan, YABhg. Toh Puan telah menyerahkan sumbangan dari NCWO Melaka kepada YDH. Tuan Khairil Nizam bin Anuar, Timbalan Komisioner Penjara sebagai wakil pihak Penjara Sungai Udang.
Untuk rekod, Penjara Sungai Udang ini telah dibina di atas tanah yang berkeluasan 129.8 ekar dan siap dibina pada Tahun 2010. Penjara Sungai Udang mula beroperasi sepenuhnya pada 25 Mei 2010 bagi mengantikan Penjara Lama di Bandar Hilir serta boleh memuatkan kapasiti banduan seramai 3,240 orang.
Turut hadir sama YBhg. Datin Hajah Rosnani binti Mohamed, Yang DiPertua PERSIAP Malaysia; YDH. Puan Hajah Nora binti Musa, Komisioner Penjara merangkap Pengarah Bahagian Korektif; YDH. Tuan Khairil Nizam bin Anuar, Komisioner Penjara merangkap Pengarah Penjara Sungai Udang; YDH. Puan Norneelah binti Shukor, Penolong Kanan Komisioner (Bahagian Parol & Perkhidmatan Komuniti); YBhg. Datin Hajah Norhaya binti Sulaiman, Naib Pengerusi 3 NCWO Melaka dan YBhg. Datin Hajah Ernie Adilia binti Dato Karim, Isteri kepada YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan & ADUN Paya Rumput.

Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang 2 Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang 3 Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang 4 Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang 5 Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang 6 Lawatan Rasmi ke Penjara Sungai Udang 7

  • Tweet

What you can read next

deepavali
Kunjungan Sempena Hari Deepavali
Lawatan ke The University of Lahore, Pakistan.
Lawatan ke The University of Lahore, Pakistan.
Majlis Khatam Al-Quran serta Majlis Berbuka Puasa
Majlis Khatam Al-Quran serta Majlis Berbuka Puasa

Recent Posts

  • Yang di-Pertua Negeri Melaka mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2025

    Yang di-Pertua Negeri Melaka mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Negeri Melaka Tahun 2025

    15 Ogos 2025 21 Safar 1447H TYT Tun Seri Setia ...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP