
14 Julai 2025
18 Muharram 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Dato’ Norazmi Bin Mohd Narawi, Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Malaysia di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir YBrs. Puan Arleen Binti Ramly, Timbalan Ketua Pengarah (Sivil); YBrs. Tuan Haji Nassir Bin Abdul Aziz, Timbalan Ketua Pengarah (Syariah); Puan Rosedalliyaty Binti Daud, Pengarah Bahagian Litigasi & Nasihat Syariah; Tuan Muhammad Qaiyyum Bin Ramlan, Pengarah Bahagian Pengantaraan Syariah dan Puan Siti Salwa Binti Mohd Nor @ Ghazali, Pengarah Jabatan Bantuan Guaman Negeri Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menerima Kunjungan Hormat daripada YB. Datuk Rahmad Bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi serta Hal Ehwal Agama dan YBhg. Datuk Md Azhan Bin Samat@Limat, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bagi membentangkan cadangan Program TVET Selam Scuba kerjasama antara JAIM dengan Maahad Sains Al-Quran Al-Amin (MASAA) yang bertempat di Maahad Tahfiz Bistari JAIM, Pulau Besar, Melaka.
Turut hadir sama YBrs. Encik Shaifulfazlee Bin Mohamad, Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka; Encik Ikram Bin Rosli, KPP Bahagian Khidmat Pengurusan JAIM; Encik Abd. Kadir Bin Husin, Pengetua Maahad Tahfiz Bistari (JAIM), Pulau Besar dan Ustaz Muhamad Bin Abdullah, Pengetua Maahad Sains Al Quran Al Amin.



