
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi kenalan lama YBhg. Datuk Sidang Kassim yang sedang menerima rawatan di Hospital Alor Gajah.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia diiringi Dr. Ahmad Helmi bin Hamdan, Pengarah Hospital Alor Gajah berkesempatan menyantuni semua pesakit-pesakit di Wad 2A serta menyampaikan sumbangan peribadi dan mendoakan agar semuanya segera sembuh serta dipermudahkan segala urusan.


