
1 Ogos 2025
7 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Faizin Bertam Malim, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Turut hadir YB Datuk Wira Haji Ibrahim Bin Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka dan YDH. DCP Dato’ Dzulkhairi bin Mukhtar, Ketua Polis Melaka.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Haji Md Nasir bin Ghani, Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Malaysia dan YBhg. Datuk Haji Saadon bin Basiron yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan beberapa pesakit dan mendoakan agar semuanya cepat sembuh serta dipermudahkan segala urusan.



