
8 Ogos 2025
14 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan ke Media Mulia Sdn. Bhd. di Petaling Jaya, Selangor.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh Encik Mohamad Azlan Bin Jaafar, Pengarah Urusan/Pengarang Kumpulan; Encik Abd Wahid Idris, Ketua Pegawai Kewangan; Encik Aznan Bakar, Pengarang Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia; Encik Wan Hasnan Wan Hasan, Pengarang Kosmo!/ Kosmo Ahad! dan Puan Siti Rohaya Syed Hassan, General Manager Digital & Informasi.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia mendengar taklimat berkenaan cara operasi syarikat dan seterusnya dibawa melawat sekitar syarikat serta bertemu kakitangan.
Media Mulia Sdn. Bhd. ialah penerbit dan pemegang permit Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Kosmo! dan Kosmo! Ahad serta semua kandungan dan platform media digital dan sosial yang dikaitkan dengan tajuk ini.
Ianya sebuah syarikat media yang berasaskan nilai sejagat, menekankan kepada prestasi tinggi dan budaya kerja kecemerlangan, berinovasi, adaptif dan sensitif terhadap keperluan semasa dan perubahan masyarakat.



