
20 Ogos 2025
26 Safar 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Prof. Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil Shawkataly, Naib Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL).
Kunjungan ini bertujuan adalah bagi mempersembahkan Watikah Pelantikan Semula TYT Tun Seri Setia sebagai Canselor UNIMEL bagi tempoh 1 Ogos 2025 hingga 31 Julai 2028 serta mempersilakan TYT Tun Seri Setia bagi menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL.
Dalam pertemuan ini turut disampaikan taklimat berkenaan Pelan Strategik Universiti Islam Melaka (UNIMEL) 2025-2026.
Turut hadir Tuan Hj. Jeffri bin Abdul Wahab, Pendaftar UNIMEL; Tuan Hj. Ismail bin Hasim, Bendahari UNIMEL; Tuan Hj. Muhammad Igbal Zahin bin Ismail, Pengarah Sumber Manusia dan Encik Mohd Kadri bin Md Saleh, Penolong Pendatar.



