
29 Ogos 2025
5 Rabiulawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Abidin, Kampung Ayer Tawar, Merlimau dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi kenalan lama iaitu Encik Saaban yang sedang uzur dia kediamannya di Kampung Ayer Tawar.



