
11 September 2025
18 Rabiulawal 1447
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di MITC, Ayer Keroh, Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia diiringi YB. Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara; YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Azhar bin Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri; YB. Datuk Ngwe Hee Sem, Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri; YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara dan YBhg. Prof. Madya Dr. Hj. Mohamad Ainuddin Iskandar Lee Bin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Tun Perak.
Program ini juga merupakan tahun ke-6 dianjurkan semenjak tahun 2020 yang merupakan hasrat TYT Tun Seri Setia dalam meningkatkan perpaduan demi kejayaan dan kestabilan rakyat.
Adalah diharapkan melalui penganjuran Pertandingan Pidato Rukun Negara Sebagai Prinsip Perpaduan Demi Kejayaan dan Kestabilan Rakyat ini akan dapat memberikan pendedahan kepada masyarakat dan generasi muda agar lebih memahami peranan Rukun Negara sebagai asas penyatuan dan jati diri rakyat Malaysia dan seterusnya dapat memperkasa agenda Malaysia Madani yang dihasrat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.
Tahun ini mencipta rekod baharu dengan penyertaan seramai 9,321 orang peserta dari seluruh Malaysia yang telah bertanding dalam 5 kategori iaitu Kategori Sekolah Rendah, Kategori Sekolah Menengah, Kategori Institut Pengajian Tinggi, Kategori Bukan Melayu dan juga Kategori Awam.
Tahniah kepada Encik Richard Chai daripada Negeri Sabah kerana berjaya merangkul Piala Pusingan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka Pertandingan Akhir Pidato Rukun Negara Peringkat Kebangsaan yang juga dinobatkan Johan bagi Kategori Bukan Melayu.



