
12 September 2025
19 Rabiulawal 1447
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Program Melaka Berselawat sekaligus menyempurnakan Majlis Penyampaian Anugerah Maulidur Rasul Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1447H Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025.
Majlis Melaka Berselawat dimulakan dengan Selawat dan qasidah oleh kumpulan Ahbabus Sham, Kumpulan Qasidah Ar Rahman dan Syeikh Nabil dari Solo Indonesia.
Seterusnya tausiah sempena Maulidur Rasul pula disampaikan oleh Pendakwah Indonesia, Habib Jindan Novel Salim Jindan.
Kemuncak acara pada majlis itu pula adalah penyampaian enam Anugerah Khas Maulidur Rasul 1447H yang masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM3,000, sijil dan plak penghargaan yang telah disempurnakan oleh TYT Tun Seri Setia.
Turut hadir Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al Qadri, TunkuBesar Tampin; YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB. Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB. Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama.



