ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Monday, 29 September 2025 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Majlis Perasmian Visit Malaysia 2026

Majlis Perasmian Visit Malaysia 2026
27 September 2025
5 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perasmian Visit Malaysia 2026 yang telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri yang turut disaksikan delegasi pelancongan dari seluruh dunia.
Acara Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM 2026) telah disempurnakan dengan penuh gilang-gemilang di bumi bersejarah Melaka, sekali gus menjadi simbolik penting sektor pelancongan negara pada tahun depan.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Seri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia; YBhg. Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Ketua Setiausaha Negara; menteri-menteri pelancongan serta delegasi luar negara yang hadir serta lain-lain kenamaan.
Turut hadir sama YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri; YB Datuk Wira Azhar Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri serta ketua-ketua jabatan dan agensi.
Malam ini Melaka turut mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Record (MBOR) bagi sektor pelancongan apabila berjaya menghimpunkan seramai 3,224 penari yang mempersembahkan tarian zapin secara serentak.
Turut dipersembahkan 1,000 buah dron yang diterbangkan bagi membentuk pelbagai formasi sempen Majlis Pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026 dan bersempena Hari Pelancongan Sedunia (WTD) dan Persidangan Pelancongan Sedunia (WTC) 2025 di Encore Melaka.Majlis Perasmian Visit Malaysia 2026 Majlis Perasmian Visit Malaysia 2026 Majlis Perasmian Visit Malaysia 2026
  • Tweet

What you can read next

Kunjungan Hormat daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Seri Mangga
sambutan majlis tahun baru cina 2022
Menghadiri Sambutan Tahun Baru Cina dianjurkan oleh YBrs. Dr Williams Hau Wuei Huang
Kunjungan Hormat
Kunjungan Hormat daripada Imam Besar Masjid Istiqlal, Jakarta, Indonesia

Recent Posts

  • Majlis Makan Malam bagi meraikan 40th Anniversary of the Oxford Centre for Islamic Studies

    Majlis Makan Malam bagi meraikan 40th Anniversary of the Oxford Centre for Islamic Studies

    29 September 2025 7 Rabiulakhir 1447H TYT Tun S...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Keselamatan
  • Dasar Privasi
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGov

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP