
29 September 2025
7 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Makan Malam bagi meraikan 40th Anniversary of the Oxford Centre for Islamic Studies yang diadakan di Kuala Lumpur.
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah turut berkenan mencemar duli berangkat hadir ke majlis.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri 1; Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin, mantan Perdana Menteri Malaysia ke-8 dan YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr.) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier Sarawak.



