
2 Oktober 2025
10 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka selaku Executive Committee World Karate Federation (WKF) dan 3rd Vice Presiden, Asian Karate Federation (AKF) hadir ke Majlis Makan Malam sempena WKF Karate 1 – Series A 2025 Championship di Nilai, Negeri Sembilan.
Turut hadir Mr. Antonio Espinos, Presiden WKF dan YBhg. Datuk Wira Nur Azmi bin Ahmad, Presiden Malaysia Karate Federation (MAKAF).
Kejohanan WKF Karate 1 – Series A 2025 ini akan berlangsung daripada 3 – 5 Oktober 2025 yang akan disertai oleh lebih 1000 atlet daripada lebih 80 negara bertanding merebut gelaran juara dunia.



