
TAHNIAH ATAS KEJAYAAN CHANDRAN SHAHMALARANI MENGHADIAHKAN EMAS UNTUK MALAYSIA
5 Oktober 2025
13 Rabiulakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka yang juga merangkap selaku Executive Committee World Karate Federation (WKF) dan 3rd Vice Presiden, Asian Karate Federation (AKF) menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Atlet Karate Chandran Shahmalarani atas kejayaan luar biasa menjuarai kategori (Female Kumite 50kg) di WKF Karate 1 – Series A 2025 Championship sekaligus menghadiahkan Malaysia pingat emas.
Aksi penuh semangat, ketepatan dan disiplin tinggi di gelanggang membuktikan kehebatan atlet Malaysia di pentas dunia.



