1 November 2025
10 Jamaldilawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir menyempurnakan Majlis Konvokesyen Ke-21 UTeM yang berlangsung di Dewan Canselor UTeM, Kampus Induk, Melaka.
Majlis ini turut dihadiri oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YBhg. Tan Sri Abdul Rashid Hussain, Pro Canselor UTeM; YBhg. Dato’ Doktor Husaini bin Omar, Pengerusi Lembaga Pengarah UTeM; YBhg. Profesor Datuk Teknologis Doktor Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM dan Naib-Naib Canselor serta wakil-wakil Universiti Tempatan.
Majlis Konvokesyen Ke-20 ini akan berlangsung selama 6 sesi bermula 1 November hingga 3 November 2025. Seramai 3,278 graduan telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat Doktor Falsafah, Doktor Kejuruteraan, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma pada Majlis kali ini.
Tahniah kepada graduan-graduan yang cemerlang yang telah menerima Anugerah Hadiah Akademik Pelajar Cemerlang antaranya Anugerah Pelajaran Diraja iaitu Muhammad Yusoff bin Ali dan Gan Hong Jun; Hadiah Canselor iaitu Muhammad Asraf bin Nahoor Ghani dan Low Li Zun, Hadiah Pro-Canselor, Hadiah Naib Canselor, Hadiah Tesis Terbaik, Hadiah Industri, Anugerah Khas Industri, Anugerah Khas Huffaz Profesional, Anugerah Khas TUAH dan Anugerah Khas TEJA.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan 2 penerima anumerta yang mana graduan telah meninggal dunia semasa dalam tempoh pengajian kepada waris graduan.





