8 November 2025
17 Jamaldilawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM)
Pada tahun ini TYT Tun Seri Setia telah mengurniakan kepada 500 penerima anugerah antaranya Bintang Semangat Padi (BSP) Kelas Kedua – Perak, anugerah kedua tertinggi yang dianugerahkan oleh PPM; Bintang Semangat Rimba Kelas Pertama – Emas (BSR–I), anugerah ketiga tertinggi PPM; Bintang Semanagat Rimba Kelas Kedua – Perak (BSR-II), anugerah keempat tertinggi (PPM); Pingat Jasa Pengakap (PJP); Pingat Perkhidmatan Gemilang (PPG); Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC); Pingat Perkhidmatan Lama (PPL); Pingat Perkhidmatan Setia (PPS); Pingat Perkhidmatan Baik (PPB).
Turut dianugerahkan anugerah Gold Friendship Award dan Silver Friendship Award kepada perwakilan asing Persekutuan Pengakap Malaysia antaranya dari Singapura, Thailand dan Indonesia.
Turut hadir YB. Datuk VP Shanmugam, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang mewakili YAB Ketua Menteri Melaka.




