8 November 2025
18 Jamadilawal 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir sebagai Tetamu Kehormat ke Majlis Centennial Hi-Tea Sempena Sambutan 100 Tahun Pandu Puteri Melaka di Hotel Dusit Princess Melaka.
Turut hadir YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah binti Dr. Wan Ismail, Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM); YABhg. Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah binti Aziz, Penasihat Kehormat PPPM Cawangan Melaka; YBhg. Dato’ Yeoh Soo Keng, Ketua Pesuruhjaya PPPM; dan YBhg. Datin Wira Ts Hjh Nurazlina binti Md Sanusi, Yang Dipertua PPPM Cawangan Melaka.




