11 November 2025
19 Jamaldilawal 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Lawatan ke Malaysia Refining Company Sdn. Bhd. (MRCSB) di Melaka Energy Park, Sungai Udang.
MRCSB merupakan anak syarikat Petronas dan pengendali tapak penapisan dengan salah satu kapasiti terbesar di Malaysia dengan kadar pengeluaran harian sebanyak 300,000 tong produk petroleum bagi menampung permintaan pelbagai industri temasuk penerbangan, pembuatan dan pasaran pengguna yang meluas.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut Encik M Sykry Awang Hassim, Pengarah Urusan / Ketua Pegawai Eksekutif MRCSB dan Encik Wan Sayuti Wan Hussin, Ketua Loji serta barisan pegawai serta kakitangan MRCSB.
Lawatan dimulakan dengan taklimat keselamatan dan penerangan Operasi Loji Penapisan oleh Encik M Mahathir bin Lijong, Head Mainenance.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dibawa melawat ke kawasan Loji Penapisan MRCSB.




