29 November 2025
8 Jamaldilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) hadir menyempurnakan Pelancaran Karnival Hari Keluarga UTeM sempena Sambutan Jubli Perak UTeM ke-25 Tahun.
TYT Tun Seri Setia dan YBhg. Profesor Datuk Teknologis Doktor Massila binti Kamalrudin, Naib Canselor UTeM bersama keluarga UTeM menyertai aktiviti briskwalk sejauh 7km sekitar Kampus UTeM, Durian Tunggal dan Ladang Jagung UTeM.
Sepanjang briskwalk, TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penanam pokok sempena Pelancaran Inisiatif Kampus Hijau dan beramah mesra bersama keluarga UTeM yang mengambil bahagian dalam acara memasak dan memancing.
Karnival ini telah dimeriahkan dengan kehadiran seluruh keluarga UTeM bersama keluarga serta 30 aktiviti menarik, persembahan, pameran dan pertandingan dalam meraikan 25 tahun perjalanan gemilang UTeM.



