3 Disember 2025
12 Jamaldilakhir 1447H
Menjunjung Kasih DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis di atas limpah perkenan berkenan menerima menghadap TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka sempena santapan malam bersama Duli-Duli Tuanku.
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis turut berkenan hadir.
Hadir sama YB Dato’ Rahimi bin Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan YDH DCP Dato’ Muhammad Abdul Halim, Ketua Polis Perlis.




