6 Disember 2025
14 Jamaldilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Istiadat Konvokesyen ke-8 Universiti Perdana yang diadakan di Putrajaya.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut YBhg. Tan Sri Datuk Seri Dr. Suleiman bin Mohamed, Canselor Universiti Perdana; YBhg. Tan Sri Datuk Dr. Mohan Swami, Pro-Canselor Universiti Perdana dan Datuk Ts. Dr. Mohd Razali bin Muhamad Naib Canselor Universiti Perdana.
Pada Istiadat Konvokesyen ini, TYT Tun Seri Setia telah menyampaikan Medal of Honour kepada YBhg. Dato’ Dr. Abd. Shukor Bin Ahmad; YBhg. Dato’ Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek; Encik Yahya Abdullah; YBhg. Prof. Emeritus Dr. Krishna Gopal Rampal dan Anugerah Canselor kepada Kong Hui Rong serta Anugerah Naib Canselor kepada Teh Wen Xin dan Lim Zhi Xuan.
Tahniah dan syabas kepada 107 graduan telah berjaya menamatkan pelajaran pada sesi ini.




