11 Disember 2025
17 Jamadilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan oleh agensi-agensi korporat serta diiringi oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Majlis penyerahan Zakat Perniagaan ini disertai oleh dua puluh tiga (23) agensi antaranya ialah CTRM Aero Composites Sdn Bhd, Tenaga Nasional Berhad, Projek Lebuhraya Usahasama Berhad, CIMB Bank Islamic Berhad, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, Fazil Group (Fazil Agency), Melaka ICT Holdings Sdn Bhd, Syarikat Air Melaka Berhad, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia, Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Agrobank, Pembangunan Pertanian Melaka Sdn Bhd, Yayasan Melaka, Lembaga Perumahan Melaka, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara, Silla Cosmetics, Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad, Boustead Plantation Berhad, Bank Simpanan Nasional, Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka, Persatuan Nelayan Negeri Melaka, Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad serta Maybank Islamic Asset Management dengan jumlah keseluruhan bayaran zakat ialah RM 7,485,042.70.
Majlis ini turut dihadiri oleh YB. Datuk Wira Azhar Bin Haji Arshad; Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama, merangkap Timbalan Pengerusi MAIM/ZM, Ahli-ahli EXCO Kerajaan Negeri Melaka, YB. Datuk Khairul Azreem Bin Mamat: Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka, YB. Datuk Wira Salhah Binti Salleh; Pegawai Kewangan Negeri Melaka, YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Haji Tawil; Mufti Kerajaan Negeri Melaka, Ali-ahli Lembaga Pengarah Zakat Melaka serta YBhg. Datuk Mohamad Azmi Bin Haji Sabtu, Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka.
TYT Tun Seri Setia merakamkan penghargaan terima kasih kepada agensi-agensi korporat yang telah menyertai majlis serahan zakat pada kali ini dan berharap agar agensi-agensi korporat lain turut melunaskan Zakat Perniagaan mereka kepada Zakat Melaka demi memenuhi tuntutan lapan asnaf zakat di Negeri Melaka ini.




