25 Disember 2025
5 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Pernikahan Anak YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka iaitu Cik Laili Nurlaila binti Ab Rauf & Pasangannya, Encik Muhamad Faiz bin Juhari yang berlangsung di Seri Bendahara, Kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka.




