21 Disember 2025
26 Jamadilakhir 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir sekaligus merasmikan Pameran Apresiasi Seni Karikatur Sasterawan Agung Negara yang diadakan di Galeri 3D World Youth Foundation, Bandar Hilir.
Pameran Apresiasi Seni Karikatur Sasterawan Negara ini dijayakan bagi menghargai para pejuang seni sastera negara sepanjang zaman. Dizahirkan dengan mengangkat seni karikatur yang mulai berkembang sebagai salah satu cabang seni yang makin diterima umum. Pameran mengumpulkan 10 karikaturis berprofil dengan pelbagai gaya dan media. Sama seperti seni tulisan, seni karikatur juga mempunyai disiplin dan prinsip yang menuntut ketajaman pemerhatian, kritikal dan penyampaian yang halus kepada subjek. Melalui pameran ini, kita telah meraikan dua seni yang bergabung secara alami.




