26 Disember 2025
5 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Abrar, Kampung Balik Bukit, Bukit Lintang.
Sebelumnya TYT Tun Seri Setia hadir ke majlis penyerahan kaki palsu cetakan 3D kepada En. Nordin bin Kadir telah berlangsung di Kampung Bakar Batu, Kandang.
Kaki palsu ini merupakan hasil penyelidikan oleh penyelidik Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan dihasilkan menggunakan teknologi pembuatan tambahan moden Selective Laser Sintering (SLS). Reka bentuknya yang ringan serta dilengkapi lubang pengudaraan bertujuan meningkatkan keselesaan dan fungsi harian pengguna.
Projek ini direalisasikan melalui kerjasama strategik bersama pihak industri Kedidi Global Sdn. Bhd., dengan sokongan dana daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai inisiatif berimpak sosial yang menggabungkan kepakaran akademik, teknologi, dan keperluan komuniti.




