1 Januari 2026
11 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Perkahwinan Anak Perempuan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka iaitu Cik Laili Nurlaila binti Ab Rauf dan Pasangannya Encik Muhamad Faiz bin Juhari.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tengku Mahkota Pahang turut berkenan bercemar duli berangkat hadir.
Hadir sama YAB Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Bin Hamidi, Timbalan Perdana Menteri 1; YABhg. Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil bin Yaakob, mantan Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-6 dan YTM Kolonel Tunku Syed Razman Ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Tunku Besar Tampin.




