30 Disember 2025
9 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir je Majlis Munajat Kesyukuran Sempena Ambang Tahun Baharu 2026 Peringkat Negeri Melaka yang diadakan di Masjid As-Solihin, Paya Rumput.
Turut hadir YB Datuk Rahmad Mariman, EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka mewakili YAB Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Haji Rais Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim & Pengurusan Bencana Negeri Melaka.
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib, diteruskan dengan bacaan surah Yasin, Doa Selamat yang telah dipimpin oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Haji Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
Kemudiaanya jemaah bersama-sama mengalunkan Zikir Munajat dan diakhiri dengan Solat Isyak berjemaah.
Semoga Allah menerima segala kebaikan kita sepanjang tahun 2025 serta mengampuni segala dosa kita.




