15 Januari 2026
25 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Ceramah Perdana sempena Sambutan Israk Mikraj Peringkat Negeri Melaka Tahun 1447H/2026M yang diadakan di Masjid Ar Rahman, Kampung Pulai, Serkam, Merlimau.
Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib diteruskan dengan Ceramah Perdana yang bertajuk “Menyelusuri Perjalanan Agung Rasulullah S.A.W” telah disampaikan oleh Tuan Guru Ustaz Muhammad Hatta bin Abdul Rahim, Mudir Madrasah Ad-Dhia Ul Lami dan diakhiri dengan Solat Isyak.
Turut hadir YB. Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya mewakili YAB Ketua Menteri Melaka serta YBhg. Tuan Haji Hazarudin Bin Haji Baharudin, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Melaka.




