16 Januari 2026
26 Rejab 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Saidina Othman, Felda Tun Ghafar, Ayer Kangkong, Jasin dan menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi Tuan Haji Johar bin Idrus, 93 tahun dan berkesempatan menyantuni pasangan pengantin iaitu Rahimah dan pasangannya Muhammad Faez yang baru selesai upacara nikah di masjid tersebut.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia makan tengahari di Restoran Lepak Santai Corner di Pekan Selandar.




