Kunjungan Hormat daripada Tuan Haji Khairul Azihar Bin Rapar
Friday, 24 January 2025
21 Januari 2025
21 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Tuan Haji Khairul Azihar Bin Rapar, Pengarah Tabung Haji Wilayah Selatan dan Tuan Haji Muhamad Hishamuddin Bin Muhamad Sohaimi, Pengarah Tabung Haji Melaka yang baru.


- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
Perasmian Majlis Apresiasi TVET bersama Saudagar Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI)
Friday, 24 January 2025
18 Januari 2025
18 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan perasmian Majlis Apresiasi TVET bersama Saudagar Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) di Noble Hotel, Melaka.
Dalam majlis ini TYT Tun Seri Setia menyempurnakan penyampaian sijil penghargaan dan plug sempena Konvokesyen Pusat Bertauliah Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Malaysia 2024, penyampaian Anugerah Khas Pusat Bertauliah SLDN Malaysia (Kesetiaan), penyampaian Anugerah Khas Pusat Bertauliah SLDN Malaysia (Sokon2024 dan penyampaian penghargaan sumbangan sempena Majlis Apresiasi TVET.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menyaksikan penyampaian sumbangan kepada Yayasan DMDI Melaka dan penyampaian sumbangan kepada Yayasan Maahad Tahfiz.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama Integrasi IILM
Wednesday, 22 January 2025
19 Januari 2025
19 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyempurnakan Majlis Perasmian Sekolah Rendah Agama Integrasi IILM yang diadakan di Mudzaffar Hotel Melaka.
Sekolah Rendah Agama Integrasi IILM ini merupakan Sekolah Rendah Agama swasta pertama di Negeri Melaka yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad Bin Mariman; EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama; Encik Mohd Khairuddin bin Yusop, Ketua Pengarah Unit Swasta Jabatan Pendidikan Negeri Melaka (JPN); YBhg. datuk Mohd Ridhwan bin Mohd Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM); Tuan Muhammad Rabbani bin Rosli, Penolong Ketua Nazir Negeri Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan YBhg. Ts. Jeffry bin Terimo, Ahli Lembaga Pengelola Sekolah Rendah Agama Integrasi IILM.



- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi kenalan lama iaitu Encik Hasan Hitam
Wednesday, 22 January 2025
18 Januari 2025
18 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka berkesempatan menziarahi kenalan lama iaitu Encik Hasan Hitam yang sedang uzur di kediamannya.
Kemudiaannya TYT Tun Seri Setia hadir ke majlis sambutan ulang tahun kelahiran yang ke-87 YBhg. Datuk Haji Hamzah bin Haji Bajuri yang merupakan guru TYT Tun Seri Setia semasa darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Semabok pada tahun 1961.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Acara UTeM Eco Fit Brisk Walk bersama Warga UTeM di Kampus UTeM, Durian Tunggal, Melaka
Wednesday, 22 January 2025
18 Januari 2025
18 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) melancarkan sekaligus menyertai acara UTeM Eco Fit Brisk Walk bersama Warga UTeM di Kampus UTeM, Durian Tunggal, Melaka.
Acara ini dianjurkan oleh Pusat Sukan UTeM melibatkan perjalanan hampir 7km sekitar kampus UTeM yang telah disertai kira-kira 2000 warga UTeM melibatkan Pengurusan Tertinggi, Kakitangan dan Pelajar.




- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perjumpaan bersama His Excellency Mr. Liu Xiaoming, Governor Hainan Province di Haikou, China
Wednesday, 22 January 2025
16 Januari 2025
16 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan perjumpaan bersama His Excellency Mr. Liu Xiaoming, Governor Hainan Province di Haikou, China.
Dalam perjumpaan TYT Gabenor Hainan berkata, Hainan dan Malaysia rapat dari segi geografi dan budaya, dan mempunyai asas yang baik untuk kerjasama dengan Melaka dan berharap dapat bekerjasama dengan Negeri Melaka dalam bidang ekonomi dan perdagangan, pertanian, pelancongan, ekonomi digital, tenaga bersih dan teknologi hijau.
TYT Gabenor Hainan turut mengalu-alukan perusahaan Negeri Melaka untuk melabur dan menubuhkan perniagaan di Hainan, dan mempromosikan sumber berkualiti tinggi Malaysia untuk memasuki pasaran tanah besar China dengan lebih mudah serta menggalakkan perusahaan China untuk melabur dan membangun di Melaka dan Malaysia melalui Hainan.
TYT Tun Seri Setia berkata, Malaysia dan China meraikan ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik tahun lepas dan kedua-dua negara mempunyai sejarah pertukaran persahabatan yang panjang serta sangat kagum dengan pemandangan Hainan yang indah, warisan yang mendalam dan sambutan yang mesra.
Turut hadir Mr. Fu Xuanchao, Secretary-General, Hainan Provincial People’s Government; Ms. Dai Zhen, Director-General Foreign Afairs Office; Mr. Chen Tiejun, Director-General Department of Tourism, Culture, Radio, Television and Sports; Ms. Ning Hongwen, Chairman China Council for the Promotion of International Trade Hainan Provincial Committee dan Ms. Tang Hua, Director-General Hainan Provincial Bureau of Intenational Economic Development.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perjumpaan bersama Mr. Ding Hui, Mayor of Haikou, China
Wednesday, 22 January 2025
16 Januari 2025
16 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama Mr. Ding Hui, Mayor of Haikou, China.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Lawatan ke Universiti Hainan, Hainan, China
Tuesday, 21 January 2025
16 Januari 2025
16 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan lawatan ke Universiti Hainan, Hainan, China.
Semasa lawatan TYT Tun Seri Setia telah diberi taklimat berkenaan universiti oleh Professor Yue Wen, Naib Presiden Universiti Hainan.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Perjumpaan bersama Ms. Yin Chengling, Vice Mayor of Sanya, Hainan
Tuesday, 21 January 2025
15 Januari 2025
15 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama Ms. Yin Chengling, Vice Mayor of Sanya, Hainan, China.
Hadir sama Puan Suraya Ahmad Pauzi, Konsulat Jeneral Malaysia ke Guangzhou, China.


- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Sesi perbincangan bersama Yunnan Aviation Industry Investment Group (YAG)
Tuesday, 21 January 2025
14 Januari 2025
14 Rejab 1446H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke sesi perbincangan bersama Yunnan Aviation Industry Investment Group (YAG) yang diketuai oleh Mr. Jia Suo, Vice President of YAG, Chairman of Kunming Airport di Kunming, China.
Turut hadir Ms. Ma Jianhul, Director Marketing Development Department, Kunming Airport; Mr. Du Yao Deputy Director, Marketing Development Department YAG; Mr Ren Xiaodan, Marketing Development Department YAG dan Mr. Mao Shunjlao, Marketing Development Department YAG.
Yunnan Airport Group adalah sebuah kumpulan perkhidmatan pengangkutan udara milik kerajaan yang berskala besar dan kerjasama operasi pembangunan lapangan terbang peringkat wilayah secara langsung di bawah Kerajaan Wilayah Yunnan. Syarikat ini juga melaksanakan pengurusan bersepadu lapangan terbang awam di wilayah Yunnan. Pada masa ini, kumpulan ini menguruskan 18 buah lapangan terbang di Wilayah Yunnan.

- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti