Kunjungan Hormat Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan
Friday, 29 March 2024
28 Mac 2024
17 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Jeneral Tan Sri Dato’ Muhammad Hafizuddeain bin Jantan, Panglima Tentera Darat.
Mejar Jeneral Dato’ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, Panglima 10 Briged (Para) dan Mejar Jeneral Dato’ Norsham bin Md Tap, Asisten Ketua Staf Sumber Manusia turut hadir mengiringi Panglima Tentera Darat.
- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
Majlis Khatam Al-Quran Perdana Pelajar Sekolah Rendah Agama JAIM Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024M/1445H
Friday, 29 March 2024
28 Mac 2024
17 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir merasmikan Majlis Khatam Al-Quran Perdana Pelajar Sekolah Rendah Agama JAIM Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024M/1445H yang diadakan di Masjid Al-Azim, Bukit Palah, Melaka.
Hadir sama YB. Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama Negeri; Sahibus Samahah Datuk Wira Abdul Halim bin Tawel, Mufti Kerajaan Negeri Melaka dan YBhg. Datuk Badaruddin bin Mohd Kassim, Pengarah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Di majlis ini TYT Tun Seri Setia turut menyempurnakan penyampaian saguhati kepada Pelajar Sekolah Rendah Arab JAIM daripada setiap daerah.
Majlis kali ini disertai lebih 1,000 orang pelajar tahun enam dari daerah Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah. Sekalung tahniah kepada Bahagian Pendidikan Jabatan Agama Islam Melaka di atas komitmen dalam menjayakan program ini sekali gus dapat menyubur minat anak-anak membaca kitab suci Al-Quran.
Allah SWT berfirman dalam surah Al-‘Alaq ayat 1 hingga 5 yang bermaksud : “Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang telah menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya”.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohamed Sakan bin Ahmad
Thursday, 28 March 2024
26 Mac 2024
15 Ramadan 1445H
إنالله وإنا إاليه راجعون
أللهم اغفرله وارحمه وعافيه واعف عنه
كُلُّ نَفْسٍ ذَاۤىِٕقَةُ الْمَوْتِۗ وَنَبْلُوْكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۗوَاِلَيْنَا تُرْجَعُوْنَ
Maksud: Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan.
(Surah Al Anbiya: Ayat 35)
TYT Tun Seri Setia hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Mohamed Sakan bin Ahmad yang merupakan ayahanda kepada Puan Junivah binti Mohamed Sakan, Ketua Pembantu Tadbir Kewangan di Pejabat TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka, yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini.
Semoga Allahyarham diampunkan dosanya serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Al Fatihah.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Berbuka Puasa di Kem Terendak Melaka
Wednesday, 27 March 2024
26 Mac 2024
15 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Berbuka Puasa di Kem Terendak Melaka.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan disambut YBhg. Mejar Jeneral Dato’ Indera Zahari bin Mohd Ariffin, Panglima 3 Div dan YBhg. Mejar Jeneral Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, Panglima 10 Briged (PARA).
Turut hadir YAB Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka.
Majlis kemudiannya diteruskan dengan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih serta moreh bersama warga Kem Terendak di Masjid As-Syuhada’ Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka.
Usai majlis TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada pegawai syarak dan ahli jawatankuasa masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa anjuran Wisma AG di Atok Aji Cafe Lake View @ Mini Malaysia
Wednesday, 27 March 2024
25 Mac 2024
14 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Berbuka Puasa anjuran Wisma AG di Atok Aji Cafe Lake View @ Mini Malaysia, Ayer Keroh, Melaka.
Usai selesai berbuka dan Solat Maghrib, TYT Tun Seri Setia kemudiannya menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Surau AGIBS, Bukit Katil.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama komuniti belia di bawah World Youth Foundation (WYF)
Monday, 25 March 2024
24 Mac 2024
13 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama komuniti belia di bawah World Youth Foundation (WYF) di Istana Melaka.
Majlis ini bertujuan untuk menyediakan platform kepada belia dan individu dari pelbagai bidang mengeratkan ikatan persaudaraan dan ukhwah antara satu sama lain dan juga berbuka puasa bersama TYT Tun Seri Setia selaku penaung WYF.
Semua hadirin kemudiannya bersama TYT Tun Seri Setia menunaikan Solat Maghrib, Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Surau Istana Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim dan Asnaf anjuran Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka
Monday, 25 March 2024
22 Mac 2024
11 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Anak Yatim dan Asnaf anjuran Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka di MITC, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan duit raya kepada hampir 200 orang anak yatim dan asnaf yang diraikan.
Usai selesai berbuka dan Solat Maghrib TYT Tun Seri Setia kemudiannya menunaikan Solat Isyak serta Solat Sunat Tarawih di Masjid Raudhatul Jannah, Bukit Katil.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid An-Nur, Taman Maju, Jasin
Monday, 25 March 2024
22 Mac 2024
11 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid An-Nur, Taman Maju, Jasin, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menziarahi sahabat lama di Kampung Tehel yang sedang uzur.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Isyak dan Terawih di Surau Islahiyah, Kg Solok Telok, Bukit Katil
Friday, 22 March 2024
21 Mac 2024
10 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Terawih di Surau Islahiyah, Kg Solok Telok, Bukit Katil, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia berkesempatan beramah mesra bersama ahli kariah dan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada para jemaah.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Ecotourism Paya Lebar
Friday, 22 March 2024
20 Mac 2024
9 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka berkesempatan melawat Ecotourism Paya Lebar selepas selesai menunaikan solat tarawih di Masjid Al- Taqwa, Kg Paya Lebar, Masjid Tanah, Melaka.
TYT Tun Seri Setia menzahirkan ucapan tahniah di atas tempat Ecotourism ini yang menempatkan jeti Eco Cruise Sungai Linggi dan tempat melihat kelip-kelip.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti