Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-100 Villa Sentosa, Kampung Morten
Monday, 15 April 2024
13 April 2024
4 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan perasmian Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-100 Villa Sentosa, Kampung Morten, Melaka.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya dan YB Khoo Poay Tiong, Ahli Parlimen Kota Melaka
100 tahun terdahulu, awal penubuhan Villa Sentosa peninggalan Allahyarham Tuan Haji Hashim bin Demang Haji Abdul Ghani adalah merupakan satu-satunya rumah tradisional Melayu Melaka. Villa ini turut diiktiraf sebagai ‘The Living Museum’, dan menjadi destinasi wajib pelancongan oleh para pengunjung daripada seluruh dunia.
Pelbagai bahan sejarah yang diketengahkan di Villa ini antaranya pakaian tradisional Melayu, alat muzik tradisional dan perabot-perabot antik. Kampung Morten inilah satu-satunya perkampungan Melayu di tengah-tengah Bandaraya Melaka yang berjaya mengekalkan seni bina dan kebudayaan Melayu tulen sehingga ke hari ini.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Solat Jumaat di Masjid Safinah An-Najah, Kampung Tambak Paya
Monday, 15 April 2024
12 April 2024
3 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Safinah An-Najah, Kampung Tambak Paya, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Japerun Sungai Rambai YB Puan Siti Faizah binti Abdul Azis
Monday, 15 April 2024
11 April 2024
2 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir memeriahkan Majlis Rumah Terbuka Japerun Sungai Rambai YB Puan Siti Faizah binti Abdul Azis, ADUN Sungai Rambai Sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2024 yang diadakan di Perkarangan Kompleks Japerun DUN Sungai Rambai, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin
Monday, 15 April 2024
11 April 2024
2 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri YB. Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Merangkap ADUN Kawasan Paya Rumput yang diadakan di Dewan Kompleks Sukan Komuniti Krubong, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Hari Raya Aidilfitri di Istana Melaka
Monday, 15 April 2024
10 April 2024
1 Syawal 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh serta kepimpinan tertinggi Negeri Melaka di Istana Melaka.
Yang hadir sama, YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; YB Datuk Wira Zaidi Bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri; Ahli-Ahli Parlimen; Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri; Ahli-Ahli Dewan Negara, serta Ketua-Ketua Jabatan Kerajaan Negeri Melaka.
Usai selesai majlis diteruskan dengan Majlis Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga, saudara mara serta keluarga kakitangan Pejabat TYT dan Istana Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Sunat Hari Aidilfitri Tahun 1445H/2024M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka
Monday, 15 April 2024
10 April 2024
1 Syawal 1445H
ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR, ALLAHU AKBAR
ALLAHU AKBAR WALILAH ILHAM
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menunaikan Solat Sunat Hari Aidilfitri Tahun 1445H/2024M di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka, Bukit Palah, Melaka.
TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan turut menziarahi Makam Pahlawan Melaka serta membuat bacaan tahlil ringkas yang dipimpin oleh YBhg. Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Isyak dan Solat Sunat Terawih di Masjid Baiturrahman Kampung Berangan Enam, Umbai, Merlimau
Tuesday, 09 April 2024
8 April 2024
28 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Terawih di Masjid Baiturrahman Kampung Berangan Enam, Umbai, Merlimau, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Zaidi bin Attan, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya.
Usai selesai solat TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada masjid dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada ahli jawatankuasa masjid.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan bermoreh bersama jemaah serta memberikan duit raya kepada kanak-kanak yang berada di masjid.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi sahabat-sahabat lama yang dalam keuzuran
Tuesday, 09 April 2024
8 April 2024
28 Ramadan 1445H
Menjelang Syawal yang bakal tiba, TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengambil kesempatan menziarahi sahabat-sahabat lama yang dalam keuzuran iaitu Datuk Wira AS Khamis; YBhg. Datuk Seri Md Yunos Husin, mantan EXCO Kerajaan Negeri Melaka; Encik Husin Abd Karim dan Wak Khalid Sikon di kediaman mereka masing-masing.
TYT Tun Seri Setia mendoakan agar mereka semua dikurniakan kesembuhan oleh Allah SWT dari semua penyakit yang dihidapi. TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada mereka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Majlis Berbuka Puasa Bersama Persatuan Sidang, Pegawai Syarak, Persatuan Cina Muslim dan Persatuan Pengamal Adat Melayu Negeri Melaka
Tuesday, 09 April 2024
7 April 2024
27 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman mengadakan Majlis Berbuka Puasa Bersama Persatuan Sidang, Pegawai Syarak, Persatuan Cina Muslim dan Persatuan Pengamal Adat Melayu Negeri Melaka di Istana Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia
Tuesday, 09 April 2024
6 April 2024
26 Ramadan 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman serta anakanda dan cucuanda menziarahi pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bayan.
TYT Tun Seri Setia turut menziarahi pusara sahabat-sahabat lama.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti