Berkunjung ke Melaka Car Free Zone
Monday, 26 February 2024
17 Februari 2024
7 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mengambil kesempatan berkunjung ke Melaka Car Free Zone yang melibatkan laluan sepanjang 2.3 kilometer di destinasi kawasan tumpuan pelancong sekitar Banda Hilir membabitkan laluan di Bangunan Merah, hadapan Menara Taming Sari dan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan.
TYT Tun Seri Setia turut menyantuni peniaga-peniaga, para pengunjung juga penarik beca di sepanjang kawasan berkenaan.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
No Comments
Majlis Makan Malam Tahunan Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM)
Monday, 26 February 2024
16 Februari 2024
6 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam Tahunan Anjuran Kelab Sukan Dan Kebajikan Istana Melaka (KESKIM) sempena meraikan ahli-ahli kelab yang telah bertukar dan bersara.
Turut berlangsung sambutan hari ulangtahun kelahiran ahli yang lahir pada bulan Februari.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al-Muhsinin, Melekek Luar, Alor Gajah
Monday, 26 February 2024
16 Februari 2024
6 Syaaban 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Muhsinin, Melekek Luar, Alor Gajah, Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
Usai Solat Jumaat TYT Tun Seri Setia berkesempatan singgah di Muslim Mart milik Koperasi Kariah Masjid Al Muhsinin Melekek Luar Alor Gajah Melaka Berhad.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Sambutan Tahun Baru Cina 2024
Tuesday, 13 February 2024
10 Februari 2024
29 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman memeriahkan Sambutan Tahun Baru Cina 2024 dengan berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Peringkat DUN Machap Jaya, Melaka anjuran YB Ngwe Hee Sem, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan serta Majlis Rumah Terbuka YB. Tuan Allex Seah Shoo Chin, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi Dan Hal Ehwal Pengguna.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Menziarahi sahabat lama yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka
Monday, 05 February 2024
4 Februari 2024
23 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menziarahi sahabat lama yang sedang menerima rawatan di Hospital Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan melawat serta bertanya khabar semua pesakit di wad tersebut.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid As-Salam, Kesang Tua, Jasin
Monday, 05 February 2024
2 Februari 2024
21 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid As-Salam, Kesang Tua, Jasin, Melaka.
Usai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan kepada pegawai syarak masjid dan warga emas.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan Serta Acara Menandatangani Surat Pengisytiharan
Thursday, 01 February 2024
31 Januari 2024
19 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka hadir ke Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan Oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVII dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Serta Acara Menandatangani Surat Pengisytiharan di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan melafaz sumpah serta menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Sementara itu, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, Sultan Perak berkenan melafaz sumpah serta menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dalam Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan, diikuti Pengisytiharan Memegang Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.
Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah jawatan dilakukan di hadapan Raja-Raja Melayu dari Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah. Manakala Johor diwakili Pemangku Sultan Johor, Pahang diwakili Pemangku Raja Pahang, Perlis diwakili Pemangku Raja Perlis, Kelantan diwakili Tengku Mahkota Kelantan, serta Yang di-Pertua Negeri Sabah, Melaka, Pulau Pinang dan Sarawak selain dif-dif kenamaan, yang mewakili badan eksekutif, perundangan dan kehakiman.
KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong turut menandatangani Surat-surat Perisytiharan Memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan bermulanya secara rasmi KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar sebagai Ketua Utama Negara baharu Malaysia berdasarkan undang-undang dan Perlembagan Persekutuan.
Terdahulu, KDYMM SPB Yang di-Pertuan Agong yang berangkat dari Istana Bukit Serene, Johor Bahru, sebelum ke Hangar DiRaja, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai menuju ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang dan disambut Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj, Raja Muda Selangor.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat serta menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan ahli jawatankuasa masjid di Masjid Al-Firdaus, Kem Sungai Udang
Monday, 29 January 2024
26 Januari 2024
14 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat serta menyampaikan sumbangan kepada asnaf dan ahli jawatankuasa masjid di Masjid Al-Firdaus, Kem Sungai Udang, Melaka.
Usai solat TYT Tun Seri Setia menyempurnakan Majlis Penyerahan Coaster Bagi Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Kem Sungai, Melaka.
Turut hadir YB. Datuk Kalsom Binti Nordin, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Komuniti; YBhg. Mejar Jeneral Adi Ridzwan bin Abdullah, Panglima 21 Gerup Gerak Khas; Tuan Haji Kamal Arifin bin A. Rahman is Ketua Pegawai Runcit Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Encik Zulkifli bin Hanifah, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Melaka.
PPDK adalah program yang diwujudkan sebagai satu strategi dalam pembangunan komuniti setempat bagi pemulihan, latihan, pendidikan, penyamaan peluang dan integrasi sosial Orang Kurang Upaya (OKU). PDK dilaksanakan melalui usaha bersepadu OKU, Keluarga, Komuniti dan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, vokasional dan sosial yang bersesuaian.
PPDK Seri Murni Kem Sungai Udang yang telah ditubuhkan sejak tahun 1990 memiliki 28 orang pelatih 2 orang petugas dan 1 orang penyelia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Solat Jumaat di Masjid Al Ehsan Bukit Baru, Melaka
Monday, 22 January 2024
19 Januari 2024
7 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Ehsan Bukit Baru, Melaka.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti
Live Performance of The Whirling Dervishes of Rumi and Marbling Art Show, Republik of Turkiye
Monday, 15 January 2024
13 Januari 2024
1 Rejab 1445H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyaksikan The Live Performance of The Whirling Dervishes of Rumi and Marbling Art Show, Republik of Turkiye anjuran Kedutaan Republik Turkiye di Malaysia sempena menyambut 60 tahun hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Turkiye di Istana Budaya, Kuala Lumpur.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh TYT Emir Salim Yuksel, Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia.
- Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti