Kunjungan Hormat daripada YB. Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub dan YB. Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh
17 Julai 2023
28 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YB. Datuk Seri Salahuddin Bin Ayub, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan YB. Senator Puan Hajah Fuziah Binti Salleh, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.
Turut hadir sama YBhg. Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup; YBhg. Datuk Azman Bin Adam, Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup dan Puan Norena Binti Jaafar, Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNHEP) Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada Al-Fadhil Ustaz Abdul Somad
13 Julai 2023
24 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Al-Fadhil Ustaz Abdul Somad di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir YB. Datuk Rahmad Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili Ketua Menteri Melaka; YBhg. Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud, Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Sahibus Samahah Datuk Wira Halim bin Tawil, Mufti Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan menunaikan Solat Fardhu Maghrib secara berjemaah bersama-sama semua tetamu.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada Mr. Kim Hae Yong
6 Julai 2023
17 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Mr. Kim Hae Yong, Secretary General ASEAN-Korea Centre.
Beliau sebelum ini pernah menjadi Duta Besar Republik of Korea ke New Zealand, Myanmar dan Amerika Syarikat.
- Published in Arkib Berita, Berita
Perjumpaan bersama YBhg. Dato Zulkifli Amin, Konsul Kehormat Serbia ke Malaysia
6 Julai 2023
17 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Dato Zulkifli Amin, Konsul Kehormat Serbia ke Malaysia.
- Published in Arkib Berita, Berita
Pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
28 Jun 2023
9 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat YB Dato Sri Tiong King Sing
26 Jun 2023
7 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YB Dato Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.
Turut hadir YB Datuk Abdul Razak Abdul Rahman, Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat daripada YDH. CP Dato Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail
22 Jun 2023
3 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YDH. CP Dato Haji Mohd Khalid bin Haji Ismail, Pengarah Cawangan Khas, Bukit Aman dan YDH. DCP Jalaludin bin Hamid, Ketua Penolong Pengarah E4, Bukit Aman.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat Encik Norazman bin Othman
22 Jun 2023
3 Zulhijjah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Encik Norazman bin Othman, Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
- Published in Arkib Berita, Berita
Solat Jumaat di Masjid Ar Robbani, Tangga Batu Pekan
9 Jun 2023
20 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Ar Robbani, Tangga Batu Pekan, Melaka.
Setelah selesai Solat Jumaat, TYT Tun Seri Setia menyampaikan sumbangan dan senaskah Al-Quran kepada warga emas serta pegawai syarak masjid.
Kemudian TYT Tun Seri Setia berkesempatan menziarahi sahabat lama Tuan Haji Ramli bin Maarof yang uzur di Tangga Batu.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat Perpisahan daripada YDH SAC Datuk Razali bin Abu Samah
8 Jun 2023
19 Zulkaedah 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat Perpisahan daripada YDH SAC Datuk Razali bin Abu Samah, Timbalan Ketua Polis Melaka yang akan bersara wajib bulan ini.
- Published in Arkib Berita, Berita