Innalillahiwainnailaihiroji’un.
Innalillahiwainnailaihiroji’un.
Dunia seni telah kehilangan seorang lagi bintang nostalgia, Seniman Wahid Satay @ Abdul Wahid bin Ahmad, yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi ini, 22 Mei 2023 di Singapura pada usia 93 tahun.
Perginya Allahyarham Wahid Satay adalah satu kehilangan besar kepada industri film Melayu walaupun telah lama Allahyarham tidak lagi berlakon.
Saya bersyukur dapat bertemu Allahyarham semasa Malam Anugerah Festival Film Malaysia ke-32 (FFM32) yang telah diadakan di Melaka pada penghujung tahun 2022.
Pemergian Allahyarham sukar dicari ganti lagi. Marilah kita mendoakan agr roh Allahyarham dirahmati Allah SWT.
Aameen.
- Published in Arkib Berita, Berita
Menyantuni YBhg. Datuk Haji Hamzah bin Haji Bajuri
Sempena Hari Guru, TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyantuni YBhg. Datuk Haji Hamzah bin Haji Bajuri yang merupakan guru TYT Tun Seri Setia semasa darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Semabok pada tahun 1961.
- Published in Arkib Berita, Berita
Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka
12 Mei 2023
21 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Azim, Masjid Negeri Melaka bersama Anggota-Anggota Bomba Negeri Melaka bersempena Sambutan Hari Bomba Sedunia.
Ketibaan TYT Tun Seri Setia disambut oleh YAS. Dato’ Abdul Wahab bin Mat Yasin, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
- Published in Arkib Berita, Berita
Perjumpaan bersama YBhg. Datuk Mohd Haniff bin Hassan
11 Mei 2023
20 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan perjumpaan bersama YBhg. Datuk Mohd Haniff bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelarasan dan Operasi), Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Malaysia.
- Published in Arkib Berita, Berita
Pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
10 Mei 2023
19 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Perjumpaan minum petang bersama YABhg. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas
26 April 2023
5 Syawal 1444H
YABhg. Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas, mantan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg. Dato’ Seri Utama Hajah Majimor binti Shariff mengadakan perjumpaan minum petang bersama TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman di Eastin Hotel, Pulau Pinang.
- Published in Arkib Berita, Berita
Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak
26 April 2023
5 Syawal 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Makan Malam bersama TYT Tun Dato’ Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang dan YABhg. Toh Puan Dato’ Seri Utama Khadijah binti Mohd Nor di Sri Mutiara, Pulau Pinang.
- Published in Arkib Berita, Berita
Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis berkenan menerima menghadap TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam
25 April 2023
4 Syawal 1444H
DYMM Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis dan DYMM Tuanku Tengku Fauziah Binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Perempuan Perlis berkenan menerima menghadap TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman di Istana Perlis, Kuala Lumpur.
- Published in Arkib Berita, Berita
Pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
19 April 2023
28 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut diperkenalkan dengan YBrs. Tuan Abdul Aziz bin Baba, Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri Melaka yang baharu.
- Published in Arkib Berita, Berita
Menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Emir Salim Yuksel, Duta Besar Republik Turkiye
11 April 2023
20 Ramadan 1444H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada TYT Emir Salim Yuksel, Duta Besar Republik Turkiye ke Malaysia
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) oleh TYT Duta Besar simbolik pembukaan Ambassador Road di Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita