Kunjungan Hormat YDH ACP Zulkifli bin Arin, Ketua Cawangan Khas IPK Melaka
Monday, 25 September 2023
21 September 2023
5 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat YDH ACP Zulkifli bin Arin, Ketua Cawangan Khas IPK Melaka yang baru bagi menggantikan YDH ACP Datuk Mohamed bin Mahad yang telah bersara wajib.
- Published in Arkib Berita, Berita
No Comments
Kunjungan Hormat daripada YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi dan YABhg. Tun Jeanne binti Abdullah Danker
Monday, 25 September 2023
20 September 2023
4 Rabiulawal 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat daripada YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi, Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 dan YABhg. Tun Jeanne binti Abdullah Danker di Istana Melaka, Bukit Beruang.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat TYT Jagdishwar Goburdhun dan Mr. Ahmud Saheed Thupsee
Tuesday, 19 September 2023
14 September 2023
28 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat TYT Jagdishwar Goburdhun, Pesuruhjaya Tinggi Mauritius ke Malaysia dan Mr. Ahmud Saheed Thupsee, Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) Mauritius.
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka
Wednesday, 13 September 2023
13 September 2023
27 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Innalillahi Wainna Ilaihi Roji’un
Monday, 11 September 2023
8 September 2022
23 Safar 1445H
Innalillahi Wainna Ilaihi Roji’un.
Dimaklumkan bahawa Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Najihah, Bekas Tunku Ampuan Negeri Sembilan yang juga merupakan Bekas Raja Permaisuri Agong kepada Yang di-Pertuan Agong ke-10 iaitu Almarhum Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman telah kembali ke Rahmatullah hari ini di Kuala Lumpur pada umur 100 tahun.
Jenazah Almarhumah telah dimakamkan di Makam DiRaja Seri Menanti selepas waktu Asar.
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka diiringi Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka telah hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Yang Maha Mulia Almarhumah di Istana Besar Seri Menanti, Negeri Sembilan.
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan turut mencemar duli berangkat hadir.
Salam takziah buat seluruh Kerabat DiRaja Negeri Sembilan.
Al-Fatihah.
- Published in Arkib Berita, Berita
Taklimat Mingguan Penerangan dan Perkembangan Semasa Kerajaan Negeri Melaka
Wednesday, 30 August 2023
30 Ogos 2023
13 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka dalam pertemuan bagi mendengar taklimat mingguan penerangan dan perkembangan semasa Kerajaan Negeri Melaka daripada YAB. Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka dan YB Datuk Wira Zaidi bin Johari, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Kedua Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74
Wednesday, 30 August 2023
26 Ogos 2023
8 Safar 1445
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Kedua Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74.
Ketua Polis Melaka, YDH. DCP Dato’ Zainol bin Samah mendahului senarai penerima Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka.
YDH. Ketua Polis Melaka menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (D.C.S.M) yang membawa gelaran Datuk Wira manakala YB. Tuan Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taboh Naning, menerima Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran Datuk.
- Published in Arkib Berita, Berita
Istiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Pertama Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74
Wednesday, 30 August 2023
24 Ogos 2023
7 Safar 1445
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Istiadat Perbarisan dan Kawalan Kehormatan Utama dan menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka Sesi Pertama Sempena Sambutan Hari Jadi Ke-74.
Mendahului senarai penerima Ketua Menteri Melaka, YAB. Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh yang dianugerahkan Darjah Utama Negeri Melaka (D.U.N.M) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama diikuti oleh Ketua Polis Negara, YDH. IGP Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rasid yang dianugerahkan Darjah Gemilang Negeri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kunjungan Hormat TYT Katsuhiko Takahashi, Duta Besar Jepun bersama isteri ke Malaysia
Wednesday, 30 August 2023
23 Ogos 2023
6 Safar 1445H
TYT Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman menerima Kunjungan Hormat TYT Katsuhiko Takahashi, Duta Besar Jepun ke Malaysia bersama isteri Madam Takahashi Mami di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut berlangsung acara menanam Pokok Melaka (Phyllanthus Emblica) di Ambassador Road, Taman Seribu Bunga, Ayer Keroh, Melaka.
- Published in Arkib Berita, Berita
Kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Datuk Wira Haji Ab Karim Sulaiman.
Friday, 18 August 2023
16 Ogos 2023
29 Muharam 1445H
انّا للہ و انّا الیہ راجعون
Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un
Salam takziah buat ahli keluarga di atas kepulangan ke rahmatullah Allahyarham Datuk Wira Haji Ab Karim Sulaiman.
TYT Tun Seri Setia memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Datuk Wira Haji Ab Karim di kediamannya di Kampung Pulau, Masjid Tanah. TYT Tun Seri Setia turut mengikuti Solat Jenazah serta pengebumian Allahyarham.
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah.
- Published in Arkib Berita, Berita