ONCC CALL: 606 333 33333
  • Hubungi Kami
  • Bantuan
  • Peta Laman

TYT Melaka

  • UTAMA
  • SEKAPUR SIREH
  • INFO KORPORAT
    • Institusi TYT Melaka
    • YABhg. Toh Puan
    • Direktori Anggota
    • Maklumat Korporat
      • Fungsi & Aktiviti
      • Visi & Misi
      • Objektif
      • Peranan
      • Galeri
        • Galeri Gambar
        • Galeri Audio
        • Galeri Video
    • Piagam Pelanggan
    • Pencapaian Piagam Pelanggan
    • Carta Organisasi
    • Muat Turun
  • YANG DI-PERTUA
    • YDP Negeri Melaka – I
    • YDP Negeri Melaka – II
    • YDP Negeri Melaka – III
    • YDP Negeri Melaka – IV
    • YDP Negeri Melaka – V
    • YDP Negeri Melaka – VI
    • YDP Negeri Melaka – VII
  • BERITA & PERISTIWA
    • Pengumuman
    • Aktiviti
    • Berita
    • Tender & Sebutharga
    • Peluang Kerjaya
Monday, 01 December 2025 / Published in Aktiviti, Arkib Aktiviti

Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL

Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merangkap Canselor Universiti Islam Melaka (UNIMEL) hadir menyempurnakan Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL.
Turut hadir YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka merangkap Pro Canselor UNIMEL; YB Datuk Wira Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka; YB Datuk Rahmad bin Mariman, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi Dan Hal Ehwal Agama Negeri Melaka; YB Datuk Khairil Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-undang Negeri Melaka; YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Pegawai Kewangan Negeri Melaka; YBhg. Profesor Datuk Ts. Dr. Abdul Khalil bin Shawkataly, Naib Canselor UNIMEL; Sahibus Samahah Prof. Adjung Datuk Wira Haji Abdul Halim Bin Tawil, Mufti Kerajaan Negeri Melaka; Ahli-ahli Lembaga Pengarah UNIMEL; Naib-naib Canselor; Wakil-Wakil Universiti; Pegawai-pegawai Kanan Universiti, Ahli Senat, serta Wakil Industri.
Turut berlangsung Pemasyhuran YAB Ketua Menteri Melaka sebagai Pro Canselor Universiti Islam Melaka.
Dalam ucapan konvokesyen kali ini, TYT Tun Seri Setia berkata bahawa kepimpinan berwibawa perlu diperkukuh oleh setiap Graduan UNIMEL. Kepimpinan yang bukan sekadar meliputi kemampuan membuat keputusan atau mengurus pasukan, tetapi merangkumi nilai amanah, etika, keberanian moral, serta keupayaan memimpin perubahan secara berhemah dan bertanggungjawab.
Graduan UNIMEL mestilah menjadi pemimpin yang mampu memastikan kemajuan digital tidak mengabaikan nilai kemanusiaan; membina budaya hormat, menghargai perbezaan, dan menegakkan maruah semua individu; menilai dan mentafsir data serta maklumat secara kritis dan berintegriti; dan menerajui inovasi yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Setinggi-tinggi ucapan syabas dan tahniah kepada penerima Anugerah Akademik iaitu Nur Asyura binti Abd Aziz Shahrifuaddin, Anugerah Canselor; Ahmad Afiq bin Hamdan, Anugerah Ketua Menteri; Fatimah Az’zahrah binti Fakrul Azman, Anugerah Naib Canselor dan Hadiah Pingat Emas; Zhang Kai, Hadiah Munsyi Abdullah; Noor Rabiah binti Herman, Hadiah Pingat Emas; Nor Alia Damia binti Mohd Faizal, Hadiah Alumni; Abdul Monir bin Yaacob, Hadiah Buku; Najib bin Taib, Hadiah Buku; Nur Khadijah binti Ahmad, Hadiah Buku dan Nur Hanis Syakirah binti Mohd Nor, Hadiah Buku.
Di akhir kata, TYT Tun Seri Setia merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada lima ratus lima puluh satu (551) graduan yang menerima ijazah dan diploma pada sidang pertama pagi ini dan seribu enam puluh lapan (1,068) graduan pada Istiadat Konvokesyen Universiti Islam Melaka kali ke-27 ini serta mendoakan para graduan melangkah ke destinasi kejayaan dengan penuh keyakinan dan keazaman.
Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL Istiadat Konvokesyen ke-27 UNIMEL
  • Tweet

What you can read next

20 Mac 2026 30 Ramadan 1447H TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al Ehsan, Jalan Klebang, Kampung Limbongan, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada warga emas dan pegawai syarak masjid. Usai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi adik Mohd Fazreen bin Zaidi yang baru selesai menjalankan pembedahan ketumbuhan di kepala. Kemudiannya TYT Tun Seri Setia menziarahi pusara pusara ayahanda dan ibuanda serta keluarga kepada TYT Tun Seri Setia di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Bayan. Selepas itu TYT Tun Seri Setia menziarahi YBhg. Datuk Wira Haji Rashid Redza Bin Md Salleh, mantan Mufti Negeri Melaka; YBhg. Datuk Haji Haron bin Abdullah; YBhg. Datuk Seri Md Yunos Husin, Mantan EXCO Kerajaan Negeri Melaka; YBhg. Datuk Wira Haji Othman bin Muhamad, mantan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka; Tn. Haji. Md Diah di kediaman masing-masing di Ayer Molek, Melaka dan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah Siti Khadijah binti Joned di Bukit Lintang, Melaka. TYT Tun Seri Setia kemudiannya meneruskan ziarah kepada kenalan-kenalan di sekitar Bukit Katil antaranya Cikgu Samad, Cikgu Samah , Tuan Haji Amir, Tuan Haji Mahat, Husin Janggut dan beberapa kenalan lain serta berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarham Khalid bin Sikon di Bukit Durian, Melaka.
Solat Jumaat di Masjid Al Ehsan, Jalan Klebang, Kampung Limbongan, Melaka
Kunjungan Hormat Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif TNB
Kunjungan Hormat
Kunjungan Hormat dari Syarikat Dominant Opto Technologies

Recent Posts

  • Perjumpaan bersama TYT Osamah bin Dakhel R. Al-Ahmadi, Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia

    Perjumpaan bersama TYT Osamah bin Dakhel R. Al-Ahmadi, Duta Besar Kerajaan Arab Saudi ke Malaysia

    28 April 2026 9 Zulkaedah 1447H TYT Tun Seri Se...

Alamat

Jalan Seri Negeri,
Ayer Keroh,
75450 Melaka
No Tel : 062307218
No Fax : 062318464

icon qr
logoiso
  • Dasar Privasi
  • Dasar Keselamatan
  • Penafian
  • Hakcipta
  • Terma & Syarat
  • Penawaran Unit Kediaman Mengikut Jenis Di Melaka
  • MyGovMelakaPay

© 2019 Hakcipta terpelihara. Pejabat TYT Negeri Melaka.

TOP