11 Mac 2026
21 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada YBhg. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Malaysia Terengganu di Istana Melaka, Bukit Beruang.
Turut hadir Encik Fadli bin Mamat, Ketua Pentadbiran HEPA merangkap Pengarah Pusat Pembangunan dan Pemerkasaan Mahasiswa; Encik Amalul Asyraf bin Rosli, Ketua Pusat Sukan dan Rekreasi; Encik Mohd Syafiq Aizat bin Abd Aziz, Pegawai Tadbir Sukan & Rekreasi (Kanan); Encik Shafie bin Umardi, Penolong Pendaftar Pegawai Khas Timbalan Naib Canselor (HEPA); Saudari Nur Asyikin binti Roslan, Presiden Kelab Siswa Anak Melaka UMT dan Saudara Mohamad Haekal bin Abdul Halim, Exco Keusahawanan Kelab Siswa Anak Melaka UMT.




