15 Mac 2026
25 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Berbuka Puasa bersama Warga Divisyen Ketiga Infantri yang diadakan di Kelab Rekreasi Pegawai (AORC), Kem Terendak, Melaka.
Kemudiannya TYT Tun Seri Setia dan YABhg. Toh Puan menunaikan Solat Isyak dan Solat Sunat Tarawih di Masjid As-Syuhada’, Kem Terendak, Sungai Udang, Melaka serta menyampaikan sumbangan kepada masjid.
Turut hadir YB Datuk Haji Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan lklim dan Pengurusan Bencana Negeri; YBhg. Mejar Jeneral Haji Sani Bin S Omar, Panglima 3 Divisyen dan YBhg. Briged Jeneral Datuk Khairul Anwar bin Soib, Panglima 10 Briged (Para).




