5 Mac 2026
15 Ramadan 1447H
YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah binti Ab Rahman hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Majlis Tahlil sempena memperingati 2 tahun pemergian Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, mantan Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-7 yang telah diadakan di Taman Bukit Tunku, Kuala Lumpur.
Ketibaan YABhg. Toh Puan telah disambut oleh YABhg. Toh Puan Raghad Kurdi Taib, balu Allahyarham Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud.
Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin turut berkenan mencemar duli hadir ke majlis yang sama.
Majlis dimulakan dengan Majlis Iftar, Solat Maghrib berjemaah, bacaan Surah Yasin dan doa tahlil serta Solat Isyak dan Tarawih secara berjemaah.




