2 Mac 2026
12 Ramadan 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Berbuka Puasa dan Tarawih bersama Masyarakat DUN Ayer Limau.
Majlis dimulakan di Masjid Al-Muhtadi, Ramuan China Besar dengan TYT Tun Seri Setia menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada 150 penerima dan sumbangan peribadi kepada masjid serta menyaksikan penyampaian sumbangan daripada Encik Amar Huzaimi Md Deris, Ketua Pegawai Eksekutif Telekom Malaysia kepada YB Datuk Haji Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, EXCO Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam merangkap ADUN Ayer Limau.
Sesudah menunaikan Solat Maghrib secara berjemaah dan menikmati juadah berbuka puasa, TYT Tun Seri Setia seterusnya menunaikan Solat Isyak dan Tarawih di Masjid An-Namirah, Felcra Ramuan China serta moreh bersama jemaah yang hadir.




