17 Februari 2026
28 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyempurnakan Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1447H/2026M Peringkat Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Turut hadir YB Tuan Rosli bin Abdullah, Timbalan EXCO Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Wira Ibrahim Durum, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka serta YB Datuk Haji Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri.
Seterusnya TYT Tun Seri Setia mengerjakan Solat Maghrib berjemaah bersama hadirin.




