16 Februari 2026
27 Syaaban 1447H
TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali Bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka dan YABhg. Toh Puan Datuk Wira (Dr.) Hajah Asmah Binti Ab Rahman mengadakan Majlis Kesyukuran, Doa Selamat dan Bacaan Yasin sempena Menyambut Bulan Ramadan 1447H bersama keluarga dan kakitangan serta anggota Polis Cawangan Istana Melaka.
TYT Tun Seri Setia turut berkesempatan membawa cucu menaiki choley yang telah dikurniakan oleh DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis di sekitar Istana Melaka.




